Saturday, December 26, 2009

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

14 comments:

  1. Terima kasih atas info, saya baru terjerumus menjafi su kokurikulum. Perlu banyak belajar. Mohon izin share di blog saya. Tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info, saya baru terjerumus menjafi su kokurikulum. Perlu banyak belajar. Mohon izin share di blog saya. Tq

    ReplyDelete
  3. Terika kasih kongsi info.sy pon br thn ni terjerumus jd su koko

    ReplyDelete
  4. terima kasih krn kongsi info....saya pon baru terjerumus juge

    ReplyDelete
  5. terima kasih krn kongsi info....saya pon baru terjerumus juge

    ReplyDelete
  6. Ingat SU koko tiada kerja lain nak buat dengan jadual 28 hingga 30 seminggu. GPK kokurikulum boleh goyang kaki jadual 12 seminggu... SU kokurikulum jangan jadi kuda tunggangan gol koku

    ReplyDelete
    Replies
    1. su koku biasanya diberi pengurangan waktu mengajar. juga dikecualikan dari aktiviti kelab persatuan dan sebagainya. ini yg sepatutnya.

      Delete
  7. Ingat SU koko tiada kerja lain nak buat dengan jadual 28 hingga 30 seminggu. GPK kokurikulum boleh goyang kaki jadual 12 seminggu... SU kokurikulum jangan jadi kuda tunggangan gol koku

    ReplyDelete
  8. Saya pon dh tjerumus...byk sggh keje su koko ni kan...huhu

    ReplyDelete
  9. Saya pon dh tjerumus...byk sggh keje su koko ni kan...huhu

    ReplyDelete
  10. Banyak Kan tugas Dan tanggungjawab

    ReplyDelete
  11. emm btul ke ni.....hbs gpk koko buat ape je...huhu

    ReplyDelete
  12. Tak masuk kelas mengajar la setiausaha kokum kalau tugas macam ni. . .

    ReplyDelete

E-learning berkenaan cara-cara mendapatkan GERAN kerajaan atau swasta!